Monday, December 8, 2014

Cendawan Sisir Tumis Berlada

Bahan bahan :

500gram cendawan sisir
2biji bawang merah (di tumbuk kasar)
2biji bawang putih (di ketuk)
Segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)
5biji cili kecil (di ketuk)

Cara-cara :

Cuci dan bilas bersih cendawan sisir. Simpan di dalam freezer 2jam. Keluarkan dan mula tumbuk kasar. (Cendawan di simpan di dalam freezer adalah untuk memudahkan di tumbuk)

Tumis kan bawang Merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga garing. Masuk kan garam dan gula secukup rasa. Masuk kan cendawan sisir td dan biarkan kering. Akhir sekali masukkan cili kecil. Kacau rapi dan tambahkan serbuk Perasa (seperti knoor).

Siap utk di hidangkan.

Sunday, December 7, 2014

Pucuk Paku masak Tumis

Bahan bahan :

2 ikat pucuk paku
2 biji bawang merah (di tumbuk radar)
2 biji bawang putih (di ketuk)
Segenggam ikan bilis (ditumbuk radar)
Sesudu pes cili kering
Garam secukup rasa
Secubit gula

Tumis bawang Merah, bawang putih, pes cili, Dan ikan bilis sehingga garing. Masuk kan garam dan gula. Masuk kan sayur pucuk paku dan tutup seketika.

Sedia untuk dihidang..

Monday, December 1, 2014

Sambal Tumbuk (orang johor)

10biji cili merah
10biji cili hijau
1biji lada merah
1biji lada hijau
1biji bawang di hiris
1biji bawang putih
(Goreng sehingga layu)

Segenggam Ikan bilis
(Digoreng garing)

Tumbuk semua bahan di atas.
Masuk kan ikan bilis Dan di tumbuk lagi.
Masuk kan gula Dan garam.

Akhir sekali perah kan Asam limau..

Taaadaaaa.. Jadilah sambal tumbuk asli johor.

Selamat mencuba..

Tuesday, January 14, 2014

Pumpkin cream cheese muffins



Bahan-bahan

140gram tepung gandum
100gram cream cheese
3 biji telur
70gram gula
1 penutup (2 sudu kecil)  esen vanila
70ml susu segar@bancuhan susu tepung
110gram isi labu yang direbus dan dilenyek baru ditimbang
secubit garam
50gram butter@marjerin
2 sudu kecil baking powder
10gram tepung kastard@tepung jagung

( sedikit sugar powder utk di tabur atas muffins nanti)

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum,tepung kastard dan baking powder, ketepikan. ( kalau ayak dua kali, lagi bagus).

2.  Asingkan putih dan kuning telur di dalam bekas yang berlainan, kemudian, putar putih telur hingga berbuih, masukkan separuh kuantiti gula, dan pukul lagi hingga menjadi kental ( meringue) ketepikan. ( Untuk Mengetahui putih telur betul2 sudah kembang, bila terbalikkan bekas adunan, meringue tidak akan jatuh).

3. Kemudian dengan menggunakan hand mixer,  pukul mentega dan baki kuantiti gula hingga kembang, kemudian masukkan kuning telur, pukul lagi, selepas itu masukkan pula cream cheese, pukul hingga semua sebati.

4. Kemudian masukkan isi labu dan esen vanila pukul sebati, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar. Akhir sekali bahagikan meringue putih telur tadi pada tiga bahagian, dan dengan menggunakan spatula ambil satu bahagian putih telur meringue  dan gaul sebati dengan adunan tepung, ulang langkah tadi sehingga semua bahagian meringue habis. Pastikan meringue betul-betul sebati dengan adunan tepung.

5. Panaskan oven suhu 160 darjah, sudukan adunan ke dalam acuan muffin, paras adunan pastikan 3/4 acuan muffin, supaya muffin elok naik nye nanti.

6. Bakar selama 25 ke 30 minit ataupun sehingga permukaan muffin agak perang, cucuk muffin dengan lidi, bagi memastikan muffin benar-benar masak.

7. Sejukkan atas redai besi, dan sedia untuk dihiaskan dengan ape jua cream kegemaran anda. Selamat Mencuba.

Nota: Untuk Mendapatkan muffin yang lebih lembab, simpan muffin dalam peti ais semalaman dan ke esokkan hari nya, anda akan dapati muffin akan lebih moist dan lembut.